Program Outreach Perdana Global Peace Foundation

Pada 9 November 2014, pihak dari Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Indonesia cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) telah menganjurkan  Program Outreach Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Program ini melibatkan kesemua mahasiswa Malaysia di Jakarta dan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang “criminelise war”  dan memperjuangkan hak-hak kemanusiaan.

Acara dimulakan seawal jam 8 pagi bertempatkan di Kedutaan Besar Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program seperti, jualan gerai, pameran, persembahan, ceramah dan kutipan derma dan ‘flashmob’.

Acara ini disambut meriah ditambah pula dengan kehadiran para mahasiswa di luar Jakarta. Program ini sedikit sebanyak telah berjaya meraih sumbangan dana hasil dari pelaksanaan acara pada hari tersebut disumbangkan ke pihak Perdana Global Peace Foundation selain hasil sumbangan dari pihak PKPMI Pusat dan PKPMI-CJ sendiri.

Selain itu, dendangan nasyid yang bertemakan perjuangan  dan persembahan flashmob yang disertai oleh semua hadirin termasuk para VIP sedikit sebanyak telah memberi kesan yang mendalam dan kesedaran terhadap para tetamu yang telah hadir.

Lebih dari 200 orang tetamu  yang telah hadir pada program tersebut dan  wakil dari Outreach Global Peace Foundation  sendiri untuk membicarakan dan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai apa berlaku disana.

Program tersebut telah berjalan dengan selamat dan lancar dan tercapai objektifnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1435H

 

 

 

Pada 5 Oktober 2014 yang lalu, pihak PKPMI-CJ , di bawah kelolaan Biro Agama dan Kerohanian telah melaksanakan sambutan hari raya Aildil Adha 1435H untuk seluruh mahasiswa Malaysia  di Jakarta, Indonesia. Program tersebut diadakan khasnya untuk semua mahasiswa yang beragama Islam tetapi tidak  juga melupakan mahasiswa yang beragama lain.

Sambutan di Dewan Besar Malaysia yang dianjurkan oleh pihak kedutaan untuk seluruh rakyat Malaysia di Indonesia yang dimulakan dengan takbir khutbah Hari Raya Aidil Adha dan diikuti dengan solat serta khutbah Hari Raya Aidil Adha. Pelbagai makanan beraneka jenis telah disediakan bagi para tetamu yang hadir. Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik telah diadakan seperti acara menyembelih lembu dan kambing korban.

Pada sebelah malamnya, majlis anjuran PKPMI-CJ bermula. Bertempat di Malaysia Hall, dimulai dengan solat maghrib berjemaah, seterusnya ceramah hari raya korban oleh Ustaz Abang Zainal Abidin b. Abang Arifin dan seterusnya solat Isya berjemaah sebelum semua hadirin dijemput untuk menjamu juadah hari raya yang disediakan oleh ajk sendiri.

Alhamdulillah, sambutan hari raya Aidiladha tahun 1435H disambut dengan sederhana namun meriah. Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini baik secara langsung mahupun tidak langsung.

 

 

 

 

 

 

 

WOW 2014

Pada 20 & 21 September 2014, pihak  Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) telah menganjurkan Wonderful Orientation Day (WOW) untuk mahasiswa kemasukan sesi 2014 yang bertempat di Dewan Malaysia Jakarta.

Program ini diadakan dengan bertujuan untuk memberi pengenalan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Education Malaysia Indonesia, persatuan pelajar serta taklimat insurans dan imigresen. Selain itu, program ini juga untuk merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa yang baru dan lama.

Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya, sesi perkenalan pelajar tahun 2014 dan seluruh ahli-ahli PKPMI-CJ, solat berjemaah, explorace, senam robik dan sebagainya. Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya  dengan bantuan dan kerjasama dari ahli-ahli PKPMI-CJ dan seluruh mahasiswa.

 

Maklumat Terbaru Mengenai KITAS, EREP, STM dan SKLD

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Kita semua sudah sedia maklum bahawa pihak imigrasi Indonesia telah mengubah beberapa perkara dalam format dokumen-dokumen perjalanan kita. Maka di sini terdapat penjelasan ringkas tentang perubahan dalam sistem emigrasi di Indonesia

-Perjalanan Proses Terkini dari Passport ke Kitas-

Mengikut sistem lama, Kartu Ijin Tinggal Terbatas (KITAS) diperlukan bagi mahasiswa Malaysia yang menetap di Indonesia. Fungsinya adalah sebagai kebenaran seseorang itu untuk tinggal di Indonesia secara sah. KITAS diperolehi apabila pelajar mempunyai visa yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum datang ke Indonesia, di mana tempoh hidup VISA hanyalah selama 3 bulan, diikuti dengan Surat Ijin Belajar (SIB).

Selama permohonan untuk membuat KITAS, pelajar tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Melalui kitas, pelajar boleh memohon untuk membuat Surat Tanda Melapor (STM) dan Exit Re-Entry Permit (EREP). STM diperlukan untuk mempermudahkan hal-hal yang melibatkan laporan polis apabila berlaku kecurian dan sebagainya.

Manakala dengan EREP, pelajar dibenarkan untuk keluar dari Indonesia tanpa harus memperbaharui VISA serta KITAS.
Dengan sistem lama, pelajar dibenarkan membuat Single EREP di mana pelajar dibenarkan keluar dari Indonesia hanya sekali dan Multiple EREP di mana pelajar boleh keluar dari Indonesia beberapa kali hingga tamat tempoh EREP. Walaupun demikian, pelajar dibenarkan memohon untuk mendapat Emergency EREP sekiranya berlaku kecemasan untuk pulang ke Malaysia daripada pihak Kedutaan Malaysia (EM).

Tetapi, pihak imigirasi Indonesia telah membuat perubahan di mana, sistem Single EREP dimansuhkan dan digantikan dengan Multiple EREP. Jadi dengan perubahan ini, pelajar tidak perlu lagi memohon untuk mendapatkan Emergeny EREP.

Selain itu, Surat Keterangan Lapor Diri (SKLD) dimansuhkan dan digantikan dengan STM. Keduanya mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai satu dokumen penting imigrasi sekiranya ingin membuat laporan polis dan sebagai bukti pengenalan diri di Indonesia. Pembuatan STM sama seperti SKLD yang memerlukan bayaran 150,000 Rp berserta salinan passport dan kitas. Gambar tidak lagi diperlukan dalam sebarang pembuatan STM.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk perpanjangan SIB, KITAS dan STM adalah seperti berikut:

• Salinan Passport

• Daftar Riwayat Hidup

• Financial Affidavit (student private harus membuat surat penjamin selama belajar di Indonesia)

• Transkrip Nilai Terkini (Kartu Hasil Studi)

• Salinan Kitas Lama

• Salinan STM lama

• GAMBAR L/B MERAH (4CM x 6CM) ( 4 keping) (nama penuh ditulis di belakang gambar)

• GAMBAR L/B MERAH (4CM x 6CM) ( 4 keping) (nama penuh ditulis di belakang gambar)

• Pasport original

• STM, KITAS original
• Duit 1,300,000 Rp (setahun); 1,950,000Rp (2 tahun)

*SEMUA DOKUMEN DIBUAT DALAM 4 SALINAN DAN BERSAIZ A4*

-Permohonan untuk membuat EREP
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

-pasport (dan kitas)

-Bayaran:
6BULAN – 800,000Rp
12BULAN – 1,250,000Rp
24BULAN – 2,000,000Rp

Pihak yang boleh dihubungi untuk pertanyaaan;

• Agent
Pak Usman
+62818910521

• Ketua Biro imigrasi
Muhammad Syafiq Bin Md Sohaimi
anamujahid25@gmail.com
+6281219414735
+60134259859

Alamat penting di Indonesia:

Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Jakarta
Dewan Malaysia Jakarta
Jl. HOS Cokroaminoto, No. 30,
Jakarta Pusat 10310, Indonesia.

Education Malaysia Indonesia
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6,
No. 1-3 Kuningan 12950
Jakarta Selatan

Bimbingan Tes Goenawan
Jl. Pulomacan No. 48-50,
Tomang,
Jakarta Barat 11440
Indonesia

harap maklum,
sekian, terima kasih

SOP KECEMASAN

1. Sekiranya Berlaku Rusuhan

Pihak PKPMI Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ)ingin mengingatkan pelajar-pelajar agar sentiasa berhati-hati terutamanya apabila berada di luar tempat kediaman, jangan ikut serta dalam sebarang demonstrasi dan menghindari diri dari sebarang provokasi. Pelajar diminta untuk merujuk kepada PKPMI-CJ sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini. Diingatkan juga supaya para pelajar mengelak daripada berada di kawasan ‘hot spot’ dan digalakkan untuk berada di rumah sahaja. Sekiranya berlaku kecemasan, sila hubungi nombor yang dilampirkan di bawah dan InsyaAllah tindakan segera akan diambil. Terima kasih.

1. Sentiasa mengambil maklum situasi semasa dan berita perdana tempatan.

2. Mengelakkan diri daripada kawasan dan tempat berbahaya dan berpotensi bagi aksi keganasan.

3. Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakan yang bersalahan dan bercanggah dengan undang undang pihak berkuasa tempatan.

4. Memaklukan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang aksi yang disyaki sebagai keganasan dan jenayah.

5. Melaporkan kepada pihak EM Indonesia, penaja, universiti dan rakan rakan sekiranya mendapat sebarang maklumat yang mungkin boleh mengancam keselamatan pelajar Malaysia.

6. Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat yang sunyi.

7. Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di mana pun anda berapa terutama pada lewat malam.

8. Gunakan laluan yang digunakan orang ramai.

9. Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat kumpulan orang ramai yang berkumpul terutamanya golongan remaja.

10. Gunakan laluan alternatif dan jangan dihiraukan sekiranya anda diejek atau dilemparkan kata kata yang kurang menyenangkan.

11. Berhati hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali untuk bertanyakan sesuatu.

12. Sentiasa berwaspada dan peka akan keadaan sekeliling anda.

2. Sekiranya Berlaku Bencana Alam Seperti Banjir

3. Untuk Kes Kecurian atau Rompakan

Jika berlaku sebarang kecemasan, sila hubungi :

En Kamarul Azhar  – 081808941100

En Maximilian  – 087888494711

Saudara Muhamad Shazwan – 087889553350 

Saudara Uzairie – 082113893550

Malaysia Hall Jakarta – 02131920548 (24 jam)

SKIM KEBAJIKAN PELAJAR (SKEP

Memandangkan pada sesi yang lepas, terdapat beberapa komen dan cadangan yang telah dibuat tentang pembahagian dalam tabung kebajikan pelajar, maka pihak PKPMI-CJ sesi 2014/2015 telah memperkenalkan sebuah skim kebajikan yang terbaharu, hasil baikpulih cara pengurusan tabung kebajikan yang sedia ada. skim ini dipanggil SKIM KEBAJIKAN PELAJAR (SKEP) .

Jadi, apakah SKEP?

SKEP merupakan penambahbaikan kepada tabung kebajikan sedia ada dengan beberapa SOP (Standard of Procedures) yang telah digariskan. Suntikan dana kepada SKEP adalah Rp 15,000,000 berbanding Rp 2,500,000 sebelumnya.
.
Kebaikan yang disediakan oleh SKEP adalah seperti berikut:
• Kos rawatan tambahan
• Khairat kematian
• Kes kehilangan atau kecurian
.
Kos Rawatan Tambahan
Melalui SKEP, para pelajar Malaysia berstatus aktif dan berdaftar di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dapat menuntut 20% daripada kos rawatan yang tidak ditanggung oleh pihak insurans, dengan syarat kos rawatan yang tidak ditanggung oleh pihak insurans di bawah Rp 5,000,000. Sekiranya kos rawatan yang tidak ditanggung pihak insurans melebihi Rp 5,000,000 (misalnya Rp 7,500,000), pihak PKPMI-CJ hanya akan menyumbang 20% daripada kos maximum (Rp 5,000,000) iaitu sebanyak Rp 1,000,000.
Sumbangan di bawah SKEP merangkumi semua jenis penyakit yang memudaratkan kesihatan dan tidak melindungi perkara-perkara berikut:
• Penyakit yang dialami sebelum perlantikan PKPMI-CJ sesi 2014/2015
• Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang
• Kehamilan atau kelahiran
• Ubat-ubat tambahan (bukan pengubatan utama)
• Pembedahan plastik atau kosmetik
Tuntutan sumbangan perlulah disertakan dengan resit rawatan perubatan.
.
Khairat Kematian
Melalui SKEP, para pelajar Malaysia berstatus aktif dan berdaftar di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dapat menuntut sebanyak Rp 300,000 sekiranya kehilangan ahli keluarga dekat seperti ibu, bapa, datuk, nenek dan adik-beradik.
Tuntutan sumbangan perlulah disertakan dengan sijil kematian ahli keluarga.
.
Kes Kehilangan dan Kecurian

Melalui SKEP, para pelajar Malaysia berstatus aktif dan berdaftar di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dapat memohon sumbangan sekiranya kehilangan barang atau dokumen penting atau terlibat dalam kes kecurian. Walaupun, sumbangan hanya diluluskan sekiranya disertakan laporan pihak polis. Jumlah sumbangan adalah mengikut budi bicara Yang Dipertua PKPMI-CJ sesi 2014/2015.
.
Cara Membuat Tuntutan
Untuk menerima sumbangan melalui SKEP, hubungi Ketua Biro Kebajikan PKPMI-CJ sesi 2014/2015, Uzairie Bin Anwar di talian +60145590014 atau +6287786380766. Para pelajar akan diminta untuk mengisi borang tuntutan sebelum menerima sumbangan daripada SKEP.
Sumbangan akan diserahkan melalui akaun pelajar terbabit dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penyerahan borang tuntutan kepada pihak PKPMI-CJ sesi 2014/2015.

Diharap dengan SKEP, segala beban dapat diringankan dengan efisien.

Sekian, terima kasih